Dalam hidup ini tak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain...

Thursday, February 4, 2010

Hua..hua..hua...cite lawak!!

Dear Diary,,,
Arini aku terbaca 1 kesah menarik dan lawak gak ar..so nak kongsi la kat sini..huhu..

Alkisah.........

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi... iaitu SITI, SERI, MURNI dan SURI... Satu hari mereka berpakat untuk kahwinkan anak2 nie serentak..

Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak itu pun bercadang untuk pergi HONEYMOON.

SITI pergi honeymoon ke PULAU LANGKAWI, SERI ke PULAU TIOMAN, MURNI ke PULAU KAPAS dan SURI ke PULAU PANGKOR...

Sebelum pergi, Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "nanti jgn lupa hantar berita pada mak ayah. ceritakan macam mana honeymoon korang. tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dh cukup. ringkas, padat dan cepat." panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya...

Seminggu lepas tue depa terimalah surat dari SITI yang bertulis "STANDARD CHARTERED". tercari2lah kedua suami isteri nie iklan itu dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis "BESAR, TEGUH dan PERAMAH"... bahagialah si SITI rupanya...

Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis "NESCAFE". Carilah iklan nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis "NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN YANG TERAKHIR".. bahagialah si SERI rupanya..

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI bertulis "KFC". carilah iklan KFC dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yg bertulis "HINGGA MENJILAT JARI".. bahagialah rupanya si MURNI rupanya...


Seminggu berlalu tiada surat dari SURI. Mak Minah dan Pak Mat dah risau. 2 minggu, tak ada jugak.. masuk 3 minggu baru sampai surat dari SURI dengan isi kandungannya "AIR ASIA". Bergegas le Mak Minah dan Pak Mat mencari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum @ menangis.. Apa motif iklan tuh..??? "7 KALI SEMINGGU.. 3 JAM SEKALI.. NON-STOP!!!"

Wednesday, February 3, 2010

I got a bouquet of roses...


28 January 2010 is my 26th birthday...da tue da kan..neway, ni present yg aku dapat on that day..cantekkan,,12 kuntum semuanya red roses..suke gler maklumla xpenah dapat bunge,,,eh penah2 tp mase konvo dulu la,,huhu..terharu gler..neway, thanx for ..., who gave me that flowers..satu opis kecoh dibuatnya coz, delivery order,,so mase ms budak antar bunge tu bagi terkejut berok aku.. x sangka ade gak org nak bg aku bunga..heheh..

Friday, January 22, 2010

MUTIARA HATI..

Dear diaries,
Saat ni, aku masih lagi kat opis..mls rase nak redah jem..jadi duduk2 sambil chat n bace blog..beberapa petikan pepatah arab yang menarik perhatian aku untuk berfikir dan merenung sesuatu.. terfikir jauh apa yang telah perbuat untuk agamaku??


“Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Jika tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Kerana orang yang terhormat itu, kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.”


Apakah pendirian hidup aku?
"Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu
Tepis-tepis kata yg sinis
Yang panas ku jadikan membeku
Bahagia aku kemudi selalu
Biar ku menuju jalan tak berbiku
Biarkan cemburu berkubur
 Asalkan tak cemari hidupku
Biarkan ku senyum selalu
Tandanya ku tiada seteru Jangan kau terpenjuru
 Jangan kau bercelaru
Diriku bukan milikmu"


Ya, Diriku bukan milikmu sebab diriku milik TuhanKu,, sangat mendalam dan puitis..buat aku tersentuh..
"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."
Kehormatan boleh menghindari manusia berbuat jahat?? Kehormatan serta pandangan orang kepada kita dapat mendorong hati berusaha membuat yang lebih indah dan bagus..tp bila orang mula menghormati, segelintir pulak akan tidak senang..Biaselah manusia..

Tuesday, January 19, 2010

ERTI CINTA DAN PERKAHWINAN



Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya... maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

tamat....

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

CINTA TAK MEMERLUKAN SEBAB


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka :
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?


Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!


Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.


Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!


Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya.. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.


Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital..


Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?


Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Thursday, January 14, 2010

Bintang Kehidupan



Jenuh aku mendengar
Manisnya kata cinta
Lebih baik sendiri
Bukannya sekali


Seringkali mencuba
Namunku gagal lagi
Mungkin nasib ini
Suratan tanganku
harus tabah menjalani
Jauh sudah langkahku


Menyusuri hidupku
Yang penuh tanda tanya
Kadang hati bimbang
Menentukan sikapku
Tiada tempat mengadu
Hanya iman didada
Yang membuatku mampu
Lalu tabah menjalani
Malam-malam aku sendiri


Tanpa cintamu lagi
Hanya datu keyakinanku
Bintangkan bersinar
Menerpa hidupku
Bahagiakan datang

Wednesday, January 13, 2010

NEW YEAR, NEW LIFE


As I sit here thinking about a new year, and a new decade, I am thinking about all of the different phases of my life.. Time is such a precious commodity.. We never have enough, wonder where it went, and can never get it back.. Today is the 13rd day in 2010..Things comes n goes..Semua yang pahit pada 2009 telah berlalu..aku xkan berpatah balik..dan kalau boleh x ingin lagi menoleh kebelakang..cukup dengan ape yang aku tempuhi dan alami..cukup dengan kegagalan yang aku perolehi..so today i will delete from my diary all bout yesterday..yesterday was to learn..so dalam tahun 2010 aku berdoa semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun 2009,  tahun ini aku berdoa agar aku akan peroleh ketenangan dan semua yang aku rugi untuk kecapi tahun sebelumnya terlaksana..mgkn mustahil untuk itu, tp aku akan cube..let the time manage everything?? is it true??aku pon kurang pasti..tp aku lebih senang dengan cara itu..aku x terlalu berharap untuk mencapai dan x nak kecewa kalau aku terlalu yakin..banyak masa yang telah aku rugi..expecially study..da 1 sem aku tgglkan..extend kelas mmg rugi..aku suppose da abes study tahun 2011 tp tahun 2011 aku baru masuk sem 4..tp nak wat cmne aku xleh concentrate..aku membiarkan emosi mengawal minda dan akal yang akhirnya aku x kecap ape2 pun dlm setahun  ni..coz aku pikir xde pe yg membuatkan aku rushing untuk habeskan degree aku..how stupid i am..hehe..so next step into 2010,  aku hope sgt akan lebih cerah..banyak yg perlu aku buat untuk memperbaiki diri..to be brave enough to face anything that will come across me..betul ke?? hehe, hopefully...dan sangat berharap tahun ini lebih cerah dan menjanjikan kehidupan yang lebih baik..Insyaallah..

Friday, January 8, 2010

Wish U A Best Of Luck

To my dear friend.....


I juz wanna wish u...


With my 1 Heart,,,,
2 eyes,,,,
5 litres blood,,,,
206 bones,,,,
1.2 million red cells,,,,
60 trillion D.N.A's,,,,
I wish u "All the very Best Of Luck"


I wanna dedicate this greeting to my dear friend '''......''' Wishing u all the best..CAYOK2!!!
Semoga apa yang diimpikan tercapai..n score a good pointer...i will be ready to help u..kalo nak
minta tlg wat esemen tu..adus!!!! hehe..tp bole jer...janji ade upah..wakaka...hope all ur wishes
will come true..n keep this wishes as my best wishes are always with u..

9 lessons in life

1.  Learn to care
2.  Learn to smile
3.  Learn to cry
4.  Learn to give
5.  Learn to forgive
6.  Learn to share
7.  Learn to trust
8.  Learn to love
            &

9.  Learn to say


      U MISS ME...


           heheh...



KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216-
Itu adalah janji-janji Allah..sebagai manusia kita perlu redha dengan ape pun takdir yang datang.. Things comes and goes..so as people.. people comes n goes..menyukai dan menyayangi x semestinya memiliki..setelah ape yg aku alami n tempuhi, aku menjadi semakin matang..untuk terus menempuhi ujian2 seterusnya..adakalanya aku bertanya dlm diri sendiri, adakah aku cukup kuat untuk bertahan??!!  adakalanya aku bertanya dalam diri kenapa sering didatangani dengan ujian yang berat dalam hidup aku??

“Seseorang itu diuji oleh Allah sesuai dengan tahap iman dan ilmu yang dia ada. Kalaulah iman dan ilmu tahap koperal, syaitan yang datang menguji pun berpangkat koperal. Kalau iman dan ilmu seseorang di tahap jeneral, maka syaitan yang menguji pun berpangkat jeneral.”

Mungkin ujian yang dtg adalah untuk memberi 1 lagi pelajaran dalam hidup....''sabar''...Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diriku..

Tuesday, January 5, 2010

My holiday to fraser hill








Ups!! Ini bkn kat fraser hill.. guess where??? terselit lak 1 pic..huhu

This is my pic mase g bukit fraser..muke2 keletihan sebenarnya...huhu..tp best sgt2..coz xla bosan duk umah..tp jgn x tau kalo nak g sane, kene set time coz nak naik n turun ade mase2 die..waktu ganjil untuk naik n waktu genap untuk turun..coz hanya ade one lane jer..dats why dorg set time untuk turun n naik ke  fraser hill..but wutever pon penat yg x terhingga coz jalannye berpusing-pusing n kalah genting..smp nak muntah rasenye..so sediakan la asam boi n minyak cap kapak..bg sape yg x tahan..seperti diriku ini..hehe